My life

Jul 14

EXHAUSTED :)

14 julai:

Hmm

lately ni aku penat sgt. Semua bende nk kena siap on time, Nak kena siapkan hw, mana nk buat chores lg, nk siapkan segala2 nye lah! haih.. Masa tk menunggu kita. Rasa cepat sgt die berlalu. Sebagai khalifah kt Bumi Allah ni, kita kena memikul tanggungjawab yg telah diamanahkan dengan sempurna. Yelahh, nk bawak bekalan untuk ke akhirat nnt. Kt sana lah tempat yng kekal abadi. Dunia ni cuma sementara je.. So, bnyk2 kan lah buat amal ibadat. :)

Bila dah masuk pertengahan tahun 2010 ni, rasa mcm tak percaya pulak! next month dah masuK bulan ramadhan, then Syawal. hihi (tak sabar nk dpt duit raya! :D) Puasa pun salah satu ibadat jugak, selain ianya adalah salah satu daripada rukun islam. :) Banyak fadhilat nya bila kita berpuasa ni. banyak juga lah faedahnya selain dapat pahala.. kan? haa bagi yang berniat nk kuruskan badan atau diet, bulan ramadhan yg mulia tu nnti lah masa yg sesuai! lagipun puasa sebulan mesti berat turun punya. Tapii, jangan lah bila buka puasa tu semuanya kita bedal. Mmg takkan kurus lah jawabnye, tak pasal2 solat tarawikh pun tak pergi. hihi

Ehh, seronok pulak dah cerita pasal puasa nie. haha :p

apa2 pun, aku bersyukur sgt2 dapat hidup kt negara yg aman yg damai ni ( err yeke?) hihi kalau nk dibandingkan dgn Negara Palestin tu, Masyaallah.. Meleleh air mata ni tgk insan yg tak berdosa terkorban. :’( Kita kt sini rezeki melimpah ruah, tp masih ramai yg tak bersyukur, diorang kt sana hari2 bertarung nyawa nk selamatkan diri. Sama2 lah kita berdoa agar warga palestin sentiasa dilindungi Allah S.W.T .

Nmpaknye itulah saje untuk hari nie. bye2 :)